Sebelum memilih material kabinet dapur, adalah sangat penting buat para pelanggan untuk memilih jenis table top yang bersesuaian dengan budget dan kemasan yang dimahukan. Untuk post kali ini , kami akan kongsikan 3 jenis table top yang sering menjadi pilihan .
1) Konkrit
Diperbuat daripada batu dan simen, table top jenis ini adalah tahan lasak dan mampu menampung beban yang sangat berat. Selain tidak kembang jika terkena air, ia juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin menggunakan table top ini buat jangka masa panjang. Kebanyakkan pelanggan kami biasanya menyediakan table top jenis konkrit sebelum memasang kabinet dapur. Kami juga menawarkan pembuatan table top jenis konkrit bagi kawasan Klang dan Banting.
2) Granite
Table top jenis granite didatangkan dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Secara am nya, granite adalah lebih kukuh dari solid surface. Kelebihan permukaan granite yang tahan lasak sering menjadi pilihan pelangaan yang sukakan effect elegant pada kabinet dapur mereka . Granite bersifat shining dan mewah , mudah dijaga menjadikan harganya sedikit mahal. Walaupun begitu, kualiti table top granite sangat recommended bagi mereka yang sukakan table top tahan lasak . Tidak mudah calar, tahan haba panas dan mudah dibersihkan merupakan antara faktor table top jenis ini sering mendapat permintaan yang agak tinggi. Warna yang sering dipilih oleh pelanggan ialah galaxy black .
3) HPL Melamine
Bagi mereka yang menginginkan table top budget namun berkualiti, HPL melamine adalah jawapannya. Ia diperbuat daripada material Melamine namun ketebalannya berbeza. HPL Melamine lebih tebal dan solid. Dengan harga yg berpatutan , table top jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai kukuh dan ia juga kalis air. Hanya penjagaan yang sedikit rapi diperlukan seperti mengelap table top jika air tertumpah terutamanya dalam kadar yang banyak. Ditawarkan dengan harga mampu milik, table top jenis ini sering juga menjadi pilihan pelanggan kerana harganya yang jauh lebih murah dari table top jenis granite dan konkrit.
Semoga dengan post ini, ianya mampu membantu anda memilih jenis table top yang diinginkan . Kami menyediakan table top beserta kitchen cabinet yang insyaAllah memuaskan hati kesemua pelanggan/bakal pelanggan kami.
Sila hubungi kami di 010 366 3742 untuk sebarang pertanyaan/sebut harga.
Bumiputera Paradise Furniture
Menyediakan khidmat pembuatan kabinet dapur, almari, rak tv, katil dan pelbagai lagi jenis perabot secara customade. Sila isi form dibawah/ email kami di bpf1512@gmail.com atau whatsapp kami di 0103663742.
Wednesday, 15 February 2017
Tuesday, 7 February 2017
Assalammualaikum
Sudah bertapak lebih 7 tahun dalam industri pembuatan kabinet dapur, perabot dan lain-lain bahan berasakan kayu,
kami menjanjikan produk yang memuaskan hati pelanggan disertakan dengan kualiti yang paling baik bagi memenuhi citarasa semua.
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pembuatan berasakan kayu seperti kabinet dapur, katil, almari , rak televisyen, rak kasut dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan mampu milik bagi semua bakal pelanggan kami.
Produk kami adalah customized dimana pelanggan boleh mengemukakan pilihan design mereka sendiri atau berdasarkan contoh dan jika pelanggan setuju dengan hasil perbincangan akhir berkenaan design produk, bahagian production akan mula beroperasi untuk menyiapkan produk tersebut tidak lebih dari 4 minggu .
Hampir kesemua pelanggan kami berpuas hati dengan hasil kerja dan pemasangan yang kami lakukan. Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan kabinet dapur, perabot dan lain-lain bahan berasaskan kayu di sekitar negeri Selangor sahaja.
Untuk sebarang tempahan/sebut harga,
sila hubungi kami di 010 366 3742 .
Subscribe to:
Posts (Atom)