SEBUT HARGA DISINI!

Nama:
Nombor telefon:
Email:
Lokasi:
Produk: Kabinet dapur
Kabinet TV
Island
Almari
Katil
Rak kasut
Meja kaunter
Lain-lain (Sila nyatakan di bahagian lain-lain pertanyaan)
Jenis material: Melamine
Fomeca
Nyatoh
3G
Arclyc
4G
Ukuran (per kaki/cm/inci):
lukisan plan:
Lain-lain pertanyaan:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, 15 February 2017

Memilih table top untuk kabinet dapur anda

Sebelum memilih material kabinet dapur, adalah sangat penting buat para pelanggan untuk memilih jenis table top yang bersesuaian dengan budget dan kemasan yang dimahukan. Untuk post kali ini , kami akan kongsikan 3 jenis table top yang sering menjadi pilihan  .


1) Konkrit



Diperbuat daripada batu dan simen, table top jenis ini adalah tahan lasak dan mampu menampung beban yang sangat berat. Selain tidak kembang jika terkena air, ia juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin menggunakan table top ini buat jangka masa panjang. Kebanyakkan pelanggan kami biasanya menyediakan table top jenis konkrit sebelum memasang kabinet dapur. Kami juga menawarkan pembuatan table top jenis konkrit bagi kawasan Klang dan Banting.


2) Granite



Table top jenis granite didatangkan dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Secara am nya, granite adalah lebih kukuh dari solid surface. Kelebihan permukaan granite yang tahan lasak sering menjadi pilihan pelangaan yang sukakan effect elegant pada kabinet dapur mereka . Granite bersifat shining dan mewah , mudah dijaga menjadikan harganya sedikit mahal. Walaupun begitu, kualiti table top granite sangat recommended bagi mereka yang sukakan table top tahan lasak . Tidak mudah calar, tahan haba panas dan mudah dibersihkan merupakan antara faktor table top jenis ini sering mendapat permintaan yang agak tinggi. Warna yang sering dipilih oleh pelanggan ialah galaxy black .


3) HPL Melamine



Bagi mereka yang menginginkan table top budget namun berkualiti, HPL melamine adalah jawapannya. Ia diperbuat daripada material Melamine namun ketebalannya berbeza. HPL Melamine lebih tebal dan solid. Dengan harga yg berpatutan , table top jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai kukuh dan ia juga kalis air. Hanya penjagaan yang sedikit rapi diperlukan seperti mengelap table top jika air tertumpah terutamanya dalam kadar yang banyak. Ditawarkan dengan harga mampu milik, table top jenis ini sering juga menjadi pilihan pelanggan kerana harganya yang jauh lebih murah dari table top jenis granite dan konkrit.


Semoga dengan post ini, ianya mampu membantu anda memilih jenis table top yang diinginkan . Kami menyediakan table top beserta kitchen cabinet yang insyaAllah memuaskan hati kesemua pelanggan/bakal pelanggan kami.

Sila hubungi kami di 010 366 3742 untuk sebarang pertanyaan/sebut harga.

1 comment:

  1. Online Gambling 101 - JTA Hub
    It is a trusted name among casino 김제 출장샵 players. It is 광주광역 출장샵 not just a name 전라북도 출장샵 but is also a trusted name among casino players. It is a trusted name among 영천 출장안마 casino 포천 출장마사지 players. It is

    ReplyDelete